RPH PJK


   Matapelajaran               : Pendidikan Jasmani
  
   Kelas                            : 2 Maju
  
   Tema / Tajuk                : Membaling dan menangkap bola
   
   Masa                            : 8.30 pagi
  
   Standard Pembelajaran :
1. Membaling dan menangkap bola pada satu jarak
2. Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek
3. Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok

Objektif Pembelajaran

Berkebolehan membaling dan menangkap bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul






Aktiviti
1. Memanaskan badan

2. Membaling dan menangkap bola

3. Permainan kecil

4. Menyejukkan badan


BBM
skitel, bola kecil, gelung plastik




Huraian Aktiviti Dalam P&P


Set Induksi
Memanaskan badan
1. Main sep-sep
    Seorang sebagai pengejar. Pengejar akan cuba menyentuh murid untuk membekukan  
    pergerakan mereka. Murid yang disentuh hendaklah mencangkung. Murid yang disentuh    
    tidak boleh bergerak selagi rakan tidak mencuit bahunya. Kemudian tukar peranan.
2. Aktivit Regangan

1.   Tarik nafas
     2.   Bermula dari kepala hingga ke kaki

Perkembangan
Aktiviti 1
Membaling dan menangkap bola
1. Murid berdiri bertiga. Murid A dan B pada satu jarak. Murid C berada di tengah dan memegang gelung rotan.
2. Murid A membaling bola kepada murid B melepasi gelung.
3. Murid B membaling semula kepada murid A
4. Ulang beberapa kali
5. Tukar peranan

Aktiviti 2
Membaling dan menangkap bola segitiga
1. Murid dalam kumpulan 6 orang
2. Berdiri dalam bentuk segitiga. Setiap penjuru ditandakan skitel
3. Setiap skitel ada 2 orang murid. Murid di skitel A membaling bola ke murid di skitel B   dan terus bergerak ke skitel B
4. Murid di skitel B membaling kepada murid di skitel C
5. Murid di skitel C bergerak ke skitel A selepas balingan
6. Aktiviti yang sama diteruskan oleh murid lain sehingga tamat aktiviti dan ulang beberapa kali.



Kemuncak
Permainan kecil
Bola Kapten Bersyarat
1. Bermain bola kapten bersyarat dengan menggunakan kemahiran membaling dan menangkap bola
2. 2 orang sebagai penjaga gol bagi setiap kumpulan berada dalam gelung plastik
3. Kumpulan yang berjaya menangkap bola paling banyak di kira pemenang.


Penutup
Menyejukkan badan





ADE BERANI???

PacMan Games